Monday, 1 August 2011

MyBig Day .. 28 Sya'Ban 1432H




Kini 22Thn..begitu cepat masa berlalu
Syukur ke hadrat Illahi dipanjangkan umur masih berpeluang menghirup udara dimuka bumi nie..
masih diberikan masa utk aku membalas jasa mama dan abah ku..
walau pun tak seberapa tp aku masih mampu memberikan segulung Diploma buat kedua IbuBapa ku..
penat lelah slama 2thn 8bln di International Islamic College (IIC) hanya untuk mendapatkan sekeping sijil sahaja..Tetapi sape yg taw bertapa susahnya IbuBapa kita yg berusaha mencari duit utk pembelajaran kita dgn hanye satu harapan semoga anak2 nya menjadi org yg berguna satu hari nty..tak terbalas jasa mereka yg telah menjaga,memberi duit,memberi makan dan membesarkan kita..
dgn hanya sekeping sijil aku rase xckup..masih banyak aku berhutang dgn mereka..mampukan aku membalasnya??...
 
 
 
280711 aku meminta mama menghantar ke UIAM Gombak utk reahersal CONVO ku..
dalam perjalanan kesana aku lalu disebuah sekolah..tiba2 terimbas kembali memori ku sewaktu dizaman persekolahan..
teringat kembali diwaktu mama atau abah bersusah payah pagi2 menghantarku kesekolah..
rindu zaman dulu,rindu kawan2 sekolah..rindu nak pakai bju sekolah..
tp apakan daya..hari berganti hari,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun..
22thun aku meninggalkan zmn persekolahanku..
dan sekarang aku dah berjaya menghabiskan Diplomaku..
Alhamdullilah akhirnya aku dpt tunaikan hasrat abah ku nak menglihat anaknya mendapat diploma didlm jurusan Accounting..
aku xnak menghampakan harapan mama dan abah..dan mereka berharap aku akan teruskan pelajaran aku diperingkat yg lebih tinggi dan mereka teriggin melihat
aku melangkah masok ke Universiti..
Syukur Alhamdullilah aku masih diberikan peluang utk terus belajar dan aku terpilih masok ke IPTA
Dan sekarang aku masih menuntut utk mendapatkan Segulung Ijazah didalam Jurusan yg aku minati iaitu kewangan Islam..


kini aku masih berhutang dgn mereka..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Ampunilah dosa kedua ibubapa ku..
kurniakan lah kesihatan yg baik kpd mereka..panjangkanlah umur mereka..
semoga mereka masih berpeluang melihat aku mengeggam segulung ijazah buat mereka..
dan moga2 aku masih diberikan peluang utk membalas jasa mereka..
jasa mama menjaga aku ketika sakit, 
teman aku dihospital..suapkan makan minum utk aku ketika aku terlantar sakit..
jasa abah mencari duit utk membayar pangajian aku, membayar mkn minum aku slama ini....
mampukan aku membalasnya??..
 
Terima Kasih Ya Allah..
atas kurniaanmu selama ini
KAU telah kurniakan kpdku mama dan abah sebaik ini..
kurniakan seorang mama yg penyanyang..
kurniakan seorang abah yg tegas kepadaku..
Syukur Alhamdullilah..

 
 
Terima Kasih mama dan abah..
ini sahaja yg aku mampu ucapkan utk mereka..
Dan xlupa juga terima kasih sahabat2 ku sekalian....
tanpa korang sunyilah hidup aku..
hehe...


Sunday, 24 July 2011

KONNICHIWA...

Nowdays, siri drama Jepun atau korea sgt diminati oleh rakyat malaysia sekarang malahan seantero dunia xterlepas dgn kehebatan citer2 mereka..
hingga muncul ar : K-pop,J-pop, k-drama, j-movie dll..
aku pun tak terlepas jgk menjadi salah seorg peminat siri drama jepun dan korean nie..hehe
nak kata fanatik sgt tak lah..tp bila sekali dah play the movie ermm
xblh dh berhenti mesti nak tgk dan tgk smp la at the end of the story..
smp mak membebel kat sebelah pun xdgr, smp cm tu sekali tarikkan demam K&J pada aku..
mymom pun xterlepas dgn movie2 korea nie..setiap hari mesti dia akn layan satu episode "Hello! mylady"..
smpkan tgk tv pun dah xnak asyik megadap laptop je..
mymom love this drama so much..hehe
Ape yg hebatnya movie2 K&J nie..
hanye peminat drama n movie jew yg taw hehe..sbb hero yg hensem ke atau heroin yg cute??
bukan ape sekali kita dah tgk mesti kita nk tgk lg..mmg best..tebaikkk wokk!!
kdg2 bila kita tgk smp mengalirkan air mata kot..
aku ingat lg waktu tgh giler lyan citer "sorry I love u" 
 dgn myhousemate smp menagis lah dek kerana hero n heroin mati..
esk pg sume mata cm panda jew..hehe sbb layan movie tgh mlm.
sorry, I Love You..mmg best..!!
kisah cinta and komedi dlm citer "boys over flower" pun apa kurang nye, 
hingga ada beberapa edisi yg kita blh tgk samaada korean atau jepun..
walaupun jalan cerita lebih kurang sama, tp oleh kerana pelakon2 yg hebat mesti nk tgk jgk kan..
apa yg istimewanye bg aku tentang movie2 K&J nie ialah xpernah kenal erti jemu..
walaupun aku dh tgk movie 2 byk kali pun,mesti nk tgk lagi..
dan part yg pling aku suka adalah bahasa mereka..wlaupun agak sukar tp lama kelamaan seronok bila kita cuba utk belajar dan mengenali bahasa mereka..
cth simple world yg aku byk dengar dlm movie nie ialah " konnichiwa", "arigato", "itadakimas"..
kdg2 dlm setiap drama atau movie mesti diterapkan dgn nilai dan adat budaya negara mereka..
dari situ kita blh taw budaya dan adat mereka..
alang2 menyeluk pekasam biar smp ke pangkal lenggan..
maksud nye alang2 kita berhibur,apa salahnya kita belajar mengenali bahasa,adat budaya mereka kan2..
jadi oleh itu yg baik kita blh amek sbg tauladan dan yg buruk kita jadikan sempadan..
kpd sesiapa yg minat dgn drama korea dan nk tgk drama2 atau filem2 kegemaran anda dgn free..
hehe layari lah web nie..http://www.maaduu.com/



Tuesday, 12 July 2011

I Love Labuan.


Hari ini aku nak share mengenai Labuan..kenapa dalam banyak2 negeri didlm Malaysia ni Labuan yg menjadi pilihan..erm..sebab I love Labuan..hehe.. 
sebenarnya banyak tempat yg menarik yg boleh dikongsi mengenai pulau ini dan Labuan lah tempat aku merantau menuntut ilmu, tmpt aku mengenali pelbagai budaya
yg tak pernah aku dengar selama ini..
dan di Labuan lah aku byk mengenali sahabat2 sabah aku sekalian..
Selama nie aku tak pernah pun sampai ke sana, di sebabkan aku dpt melanjutkan degreeku di UMSKAL merupakan kali pertama
aku menjejakkan kaki ke Pulau Labuan..actually kos yg aku amik ditawarkan di kampus Labuan. sebelum itu aku kenalah citer serba sedikit mengenai Labuan..

Labuan merupakan sebuah pulau yg kecil dan sangat cantik yang masih terpelihara, 
pulau yg berkeluasan 98kilometer persegi.
Majoriti penduduk di Labuan ialah org melayu dari suku kaum Kedayan dan Brunei. 
Asalnya Labuan merupakan sebahagian dari kesultanan Brunei. Pada tahun 1846, Labuan diserahkan kepada British kerana pulau tersebut tidak berpenghuni dan British ingin menjadikan Labuan sebagai tapak operasi menentang Lanun dan juga tempat melombong Batu arang. Kemudian, ia digabungkan dengan Borneo Utara pada tahun 1890. Seterusnya pada tahun 1963 Labuan bersama2 Sabah bergabung ke dalam Malaysia.

Labuan dahulunya sebuah pulau yg sgt terpinggir dari arus pembangunan. Setelah ia diisytiharkan sbg Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984 (aku blm lahir lg masa nie) Labuan telah berubah menjadi sebuah pelabuhan utama dan terkenal dikalangan pelabur asing utk berurusniaga setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa. Selain itu di Labuan jgklah terdapat sebuah Universiti yg dikenali sbg Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dimana golongan pelajar menuntut ilmu demi segulung ijazah.

umskal dikenali juga sbg The Beach Kampus kerana betul2 berhadapan dgn laut..

Lokasi 1: Memorial of Maida Island.
Labuan diberi nama sbg Pulau Maida semasa dibawah pemerintahan Jepun. Nama Maida diambil sempena nama Komander Tentera Jepun di Borneo.


Lokasi 2: Financial Park (jalan2 cari makan kat UK) 
sgt terkenal dikalangan student UMS..hehe disini lah tmpt ktaorg bersuka ria

Lokasi 3: dataran Labuan. (smpt lagi pose sementara tggu bus nk blik kampus..)

Lokasi 4: Menara Chimney
Merupakan tmpt melombong batu arang semasa zmn British 

 Lokasi 5: Peace Park (with myfamily)
Peninggalan sejarah zaman jepun dan merupakan tempat 
Jepun menyerah kalah kpd British

Lokasi 6: Memorial Park
kubur askar asing yg terkorban semasa berperang dgn tentera Jepun.



note: Peliharalah peninggalan sejarah yang banyak menyimpan 1001 cerita agar dpt dinikmati oleh generasi akan dtg. ucapan ikhlas dari cik aina..hehe










Friday, 8 July 2011

coretan pertama..

 
This is myfirst entry ..huhu first time buat blog nie and msih baru lagi banyak yg perlu dipelajari,
inspirasi dtg secara tiba2 sekadar hiburan semata-mata,
tp pengaruh dri myhousmate yg telah
byk menarik minat sy membuat blog nie..hehe
actually this blog is just for sharing my story or anything that we can share to others.. 
nothing special about me, merupakan manusia biasa jgk..
sekadar ingin berkongsi pendapat kita dgn org luar
tambahan pula blh mngurangkn kebosanan sy dn dpt mgisi masa yg terluang nie.. 
okay cukup ar ucapan utk hari ini hehe next time sy update ag daa..