Hari ini aku nak share mengenai Labuan..kenapa dalam banyak2 negeri didlm Malaysia ni Labuan yg menjadi pilihan..erm..sebab I love Labuan..hehe..
sebenarnya banyak tempat yg menarik yg boleh dikongsi mengenai pulau ini dan Labuan lah tempat aku merantau menuntut ilmu, tmpt aku mengenali pelbagai budaya
yg tak pernah aku dengar selama ini..
dan di Labuan lah aku byk mengenali sahabat2 sabah aku sekalian..
Selama nie aku tak pernah pun sampai ke sana, di sebabkan aku dpt melanjutkan degreeku di UMSKAL merupakan kali pertama
aku menjejakkan kaki ke Pulau Labuan..actually kos yg aku amik ditawarkan di kampus Labuan. sebelum itu aku kenalah citer serba sedikit mengenai Labuan..
Labuan merupakan sebuah pulau yg kecil dan sangat cantik yang masih terpelihara,
pulau yg berkeluasan 98kilometer persegi.
Majoriti penduduk di Labuan ialah org melayu dari suku kaum Kedayan dan Brunei.
Asalnya Labuan merupakan sebahagian dari kesultanan Brunei. Pada tahun 1846, Labuan diserahkan kepada British kerana pulau tersebut tidak berpenghuni dan British ingin menjadikan Labuan sebagai tapak operasi menentang Lanun dan juga tempat melombong Batu arang. Kemudian, ia digabungkan dengan Borneo Utara pada tahun 1890. Seterusnya pada tahun 1963 Labuan bersama2 Sabah bergabung ke dalam Malaysia.
Labuan dahulunya sebuah pulau yg sgt terpinggir dari arus pembangunan. Setelah ia diisytiharkan sbg Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984 (aku blm lahir lg masa nie) Labuan telah berubah menjadi sebuah pelabuhan utama dan terkenal dikalangan pelabur asing utk berurusniaga setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa. Selain itu di Labuan jgklah terdapat sebuah Universiti yg dikenali sbg Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dimana golongan pelajar menuntut ilmu demi segulung ijazah.
umskal dikenali juga sbg The Beach Kampus kerana betul2 berhadapan dgn laut..
Lokasi 1: Memorial of Maida Island.
Labuan diberi nama sbg Pulau Maida semasa dibawah pemerintahan Jepun. Nama Maida diambil sempena nama Komander Tentera Jepun di Borneo.
Lokasi 2: Financial Park (jalan2 cari makan kat UK)
sgt terkenal dikalangan student UMS..hehe disini lah tmpt ktaorg bersuka ria
Lokasi 3: dataran Labuan. (smpt lagi pose sementara tggu bus nk blik kampus..)
Lokasi 4: Menara Chimney
Merupakan tmpt melombong batu arang semasa zmn British
Lokasi 5: Peace Park (with myfamily)
Peninggalan sejarah zaman jepun dan merupakan tempat
Jepun menyerah kalah kpd British
Lokasi 6: Memorial Park
kubur askar asing yg terkorban semasa berperang dgn tentera Jepun.
note: Peliharalah peninggalan sejarah yang banyak menyimpan 1001 cerita agar dpt dinikmati oleh generasi akan dtg. ucapan ikhlas dari cik aina..hehe
No comments:
Post a Comment